Saturday, May 29, 2010
saya budak baru belajar
salam...
Sehingga kini saya masih belajar untuk membina sebuah blog yang sedap mata memandang.. Pengatahuan yang sedia ada cuma dalam 10%. Yang lain jenuh saya cari tutorial yang mudah2 untuk saya buat sendiri. Agak susah untuk orang yang macam saya ni..penat. Kesian kan... Yang sedihnya saya masih belum boleh tukar template yang saya nak sebabnya saya tak ada Winzip nak download secara free..(betul ke saya tulis ni).. nanti saya suruh hubby saya downloadkan untuk saya. Tapi saya dah berjaya buat signature untuk kedai saya ni..Little pink Shop..hoorayy...cantikkan..saya suka..nampak nature..tutorial tu saya dapat kat sini. Mudah sebab dalam bahasa melayu..
Sebenarnya saya cukup teruja bila tengok blog2 diluar sana yang berkaitan craft atau sewing..cantik2..pandai betul diaorang..saya pun nak buat cam diaorang jugak lah..bolehkan...
Lupakan dulu pasal membina blog yang tak berapa menjadi lagi ni.. Sekarang saya nak bercerita asal tujuan blog saya ni. Saya sangat suka menjahit.. Lebih-lebih lagi sekarang kerana saya ada tiga anak perempuan.. comel-comel. Yang sulung berumur 6 tahun dan yang paling kecik 6 bulan. Yang tengah 4 tahun.. Bila dah ada anak perempuan, semuanya rasa nak buat sendiri..walaupun sebenarnya tak terbuat. Yang berkaitan dengan sewing lah. Biasanya saya suka jahit dress dan beg untuk diaorang. Dan kadangkala untuk saya jugak.. Saya punya produk taklah cantik sangat kalau nak dibandingkan dengan pro yang diluar sana tu...tapi bolehlah nak bangga sendiri...hehehhe..Sebenarnya saya masih dalam tahap budak baru belajar..Saya tidak ada mana2 sijil tempat menjahit atau cikgu yang betul2 ajar saya. Tempat rujukan saya ialah mak saya, kakak saya dan yang paling banyak ialah blog2 yang ada tutorial.. memang saya suka..bagus betul, tidak kedekut ilmu.. Dapat pahala bila share ilmu ni..
Bila dah ada blog ni bolehlah saya tambah kawan yang seangkatan dengan minat saya ni..harap2lah.. Semoga ada yang sudi berkawan dengan saya..budak baru belajar...tapi umur saya tak berapa baru..hehehehe..
No comments:
Post a Comment